Tuesday, November 24, 2009

4x4 sana sini sinun

Assalamualaikum,

Mungkin ramai yang dah tahu, dan ramai juga yang tak tahu, dan pasti ramai juga yang buat-buat tak tahu. X4 Adventure Team nak bagitahu.

Pelbagai aktiviti yang melibatkan kenderaan telah dirancangkan oleh beberapa persatuan 4x4 di Malaya. Antaranya adalah:-

1. Malaysia Book of Records...Perhimpunan Terbesar 4x4 Malaysia 2009!!!



Perhimpunan Terbesar 4x4 Malaysia 2009, Malaysian Book of Records bertempat di Sutera Mall, Johor Bahru pada 5hb Disember 2009, sempena Kejohanan Johor International Rainforest Challenge 2009.

Butiran lanjut boleh dibaca di blog Kelab Rentas Kembara 4x4 Johor >> http://rentas4x4johor.blogspot.com/

2. Jamboree Redah 4x4 Club 1 Malaysia di LEMBAH KIOL, LATA MERAUNG, JERANTUT



Redah 4x4 Club ada mengadakan Jamboree Redah 4x4 Club 1 Malaysia. Butiran lanjut bolehla dibaca di blog Redah 4x4 Club >>> http://redah4x4club.blogspot.com/

Kepada ahli X4 Adventure Team yang berminat untuk menyertai program-program diatas, anda bolehla terus menghubungi terus penganjur program-program tersebut.

Sekian, terima kasih.

MERCY - Basic Mission Training




Assalamualaikum wbt,

Pihak X4 Adventure Team akan menghantarkan 5 orang wakil ke Basic Mission Training (BMT) anjuran MERCY Malaysia pada 11, 12 dan 13 haribulan Disember ini.

BMT ini bertujuan untuk menyediakan fizikal dan mental para sukarelawan MERCY bagi menyertai misi-misi yang bakal dianjurkan oleh MERCY pada masa hadapan.

Oleh yang demikian, diharap agar wakil-wakil X4 Adventure Team dapat memanfaatkan segala kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh dari BMT.

Selamat berjaya.

Tuesday, November 17, 2009

X4 Adventure Team di Majlis Makan Malam Ulang Tahun Kesepuluh Mercy



X4 Adventure Team telah dijemput untuk memeriahkan majlis amal ini di Hilton Kuala Lumpur. Seramai 40 orang ahli X4 Adventure Team bersama pasangan masing-masing telah menghadiri majlis ini.

Terima kasih daun keladi diucapkan kepada pihak Mercy, taun depan jemputlah lagi. Insyaallah kami ada datang lagi.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan X4 yang telah bersusah payah mengharungi 'traffic jam' untuk bersama-sama memeriahkan makan malam ini.

Thursday, November 12, 2009

Termenung Di Telemong





Begitulah hakikat yang dialami oleh ahli-ahli X4 Adventure Team yang menyertai TGG (Trip geli-geli) yang lalu.

Sebanyak lima buah pacuan empat roda X4 Adventure Team telah menyertai TGG. Tiga daripadanya merupakan ahli yang baru mula berjinak-jinak dengan dunia pacuan empat roda.

Dengan kelengkapan yang agak terhad, X4 Adventure Team telah bertolak ke Pekan Karak pada jam 11.00 malam. Kami di sambut oleh saudara Bad di pekan Karak. Ahli X4 Adventure Team berhenti seketika untuk menjamu selera di Pekan Karak sebelum memulakan perjalanan.

Kami tiba agak lewat ke persimpangan masuk di Kampung Sungai Perdak kerana tersalah informasi. Namun ia tidak mematahkan semangat kami. Laluan peringkat pertama adalah laluan lori balak. Kami amat bersyukur kerana dapat mengharungi laluan ini tanpa banyak masalah.

Namun, disangkakan panas sampai kepetang rupanya hujan di tengahari.

Laluan peringkat kedua sememangnya amat memeritkan. Kami tiba di laluan masuk ini lebih kurang jam 4.15 pagi. Akibat musim hujan dan hujan yang turun pada waktu siang, laluan ini telah menjadi sukar.

Dengan peralatan yang serba kekurangan, kami berjaya tiba ke kemsite pada jam 9.00 pagi. Kami masing-masing membersihkan diri dan menjamu selera dengan makanan resepi istimewa chef G-mok.

Pada jam 11 pagi, kami pun mula bertolak untuk keluar. Begitu banyak halangan terpaksa ditempuhi. TGG pada kali ini telah memakan mangsa 1 Winch dan 1 PTO. Akhirnya, pada jam 9.00 malam kami telah berjaya keluar dari laluan peringkat kedua. Kami tiba di pekan Karak untuk membersihkan diri dan menjamu selera lebih kurang jam 11.00 malam

Kami ingin merakamkan setinggi tahniah kepada rakan-rakan baru yang berjaya mengharungi TGG pada kali ini. Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kami kepada saudara Bad diatas segala pertolongan yang telah beliau hulurkan kepada kami. Jasamu kami sanjung tinggi. Terima kasih kepada semua rakan-rakan X4 Adventure Team yang telah memberikan tunjuk ajar bagi mengharungi segala halangan.

Insyaallah Telemong, kami akan kembali!

Gambar seterusnya di SINI

Friday, November 6, 2009

Jemputan Dinner For X4 Members




Askum
Sahabat2 X4 yang dihormati
Mercy menjemput perkumpulan kita untuk menghadiri satu jamuan dinner
yang akan diadakan di Kuala Lumpur Hilton pada 13 nov 2009.
Sebanyak 20 ahli x4 termasuk isteri masing2 diberikan tempat.

Jika anda berminat menyertai jamuan ini (tiada bayaran dikenakan)
anda bolehlah menghantar sms kepada Pak kopi 0133037725 untuk pengesahan.
Pengesahan kehadiran selewat2 nya sebelum pukul 6pm hari ini(6nov)

Kerjasama dan kehadiran anda memeriahkan acara tersebut amat kami sanjung tinggi

sekian
kopi




Trip Geli-Geli



X4 Adventure Team akan mengadakan trip ke Telemong pada hari Sabtu, 7 November 2009. Konvoi dijangkakan bertolak pada jam 9.00 mlm pada hari tersebut.

Tujuan trip ini di adakan adalah bagi memberikan pendedahan cara-cara pemanduan 4x4 yang betul kepada ahli X4 Adventure Team.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai trip ini boleh menghubungi advisor X4 Pak Kopi aka Pak Rhu di talian 013-3037725.

Tuesday, November 3, 2009

WSFFM International Women 4X4 Outdoor Recreation 2009


Pada 30 Oktober yang lalu, X4 Adventure Team telah dijemput untuk memeriahkan WSFFM International Women 4X4 Outdoor Recreation 2009 yang bertempat di Sungai Kampar, Gopeng Perak Darul Ridzuan.

Program ini di anjurkan oleh Women Sports and Fitness Foundation Malaysia (WSFFM) sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dengan tujuan menggalakkan lebih ramai wanita terlibat didalam aktiviti sukan.

Pelbagai aktiviti telah disusun untuk para peserta seperti White Water Rafting, Flying Fox, Wet Absailing, 4x4 Explorer Race, Jungle Walk dan Team Building.

X4 Adventure Team telah terlibat secara lansung didalam penyediaan kenderaan bagi acara 4x4 Explorer Race.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Tuesday, September 29, 2009

X4 Adventure di Majlis Pelancaran Cuti-Cuti Satu Malaysia




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada Ahad 27 September 2009 yang lalu, X4 Adventure telah dijemput oleh pihak Tourism Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan program Pelancaran Pesta Cuti-cuti 1 Malaysia yang diadakan di Dataran Teluk Kemang, Port Dickson.

Seramai 10 orang rakan-rakan X4 Adventure team telah menghadiri majlis tersebut. Diharapkan agar program cuti-cuti malaysia yang menggantikan program Zoom Malaysia ini lebih berjaya dari program yang sebelumnya.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, September 15, 2009



Get more Hari Raya : Click here


DISINI KAMI MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA PELAWAT DAN AHLI-AHLI X4 ADVENTURE TEAM. MOHON AMPUN DAN MAAF JIKA SEPANJANG BERURUSAN ADA KATA-KATA KASAR BAHASA SILAP CARA ...MOHON AMPUN YEEEE...

Friday, September 4, 2009

Mercy Bmt Exercise

Salam All X4 Crew
As per our telephone conversation between Mercy Cordinator Hayati
All Name Attach below pls inform your paticipation as soon as possible.
1. To gather about 15-20 person to help me and Siti to re-arrange the BMT tent on Saturday, October 10th 2009 at Warehouse Bandar Tasek Selatan starting at 10am.
Harap boleh bantu....(request form Mercy).
2. ERU training will be held in November 6, 7 & 8, 2009.
Place : Kuala Kubu Bharu
Starting Point: Bandar Tasek Selatan
Transportation: Bus & Car (MERCY's)
Plan: semua kereta participants kena park kat BTS. Further details will inform you guys later k.
Orang yang telah Mercy pilih ialah:
Ezam Shah Abd Rahman (Rhu)013-303 7725
Jeffri Zahiam Jamaluddin (Comandan)012-301 2632
Saifuddin Kamarudin012-373 0596
Azhari Hj. Miskah013-340 2636
Mohd Idris b. Ishak012-218 8158
Mohd Darus bin Rashid019-602 0538
Mahadizan Hamzah017-888 8890
Zabahari Buyong014-326 9188
Mohammad Mat Ali019-666 5454
Mohamad Aliff bin Kuniel019-330 7746
Razali bin Ramly
012-743 6736

Monday, July 13, 2009

Program Pemberian Face mask di LCCT 11 july 2009








Terima kasih kepada semua yang terlibat semasa tugasan mercy di LCCT
Sekalung Tahniah pihak X4 ucapkan kepada yang bertugas, semuga usaha murni
semua anggota X4 dan Pihak mercy sentiasa diberkati dan dingati.
Juga tak lupa saya ingin ucapkan rasa terima kasih juga pada PRRQ atau saudara Rosli
aka LI Bangi yang banyak membantu menjaya kan program tersebut walaupun beliau dalam keadaan sibuk menyambut kelahiran baby baru beliau, Moga Allah juga yang membalasnya.

Dari saya
Pak Kopi
Advisor

Thursday, July 9, 2009

Pengagihan Face Mask LCCT bersama MOH dan Mercy

Tarikh:
11hb Julai 2009 (SABTU)

Masa:
7.30 pagi

Tempat:
LCCT

Berikut ada lah nama nama yang terlibat

1. Noorhizwani Md Said

2. Ashmawi asraf Bin Mohd Arifen

3. Mohammad Safiedin Bin Iskandar

4. Norzahariah Bt Md Zakaria

5. Sofian Moursi Bin Iskandar

6. Rosli Bin Kamis

7. Ezam Shah Abdul Rahman

8,. Shahril Anuar Bin Abd Rauf


Salam Ezam,

Terima kasih atas nama team yang terlibat.

Rancangan untuk pengagihan face mask ini ialah;

Semua peserta akan berjumpa di LCCT pada jam 7.30 pagi pada 11hb July 2009.

Ketua mission untuk hari itu ialah Maria Lauranti, HP: 019-314 2239

Ezam, tolong email size t-shirt untuk team anda.

Terima kasih,

Hayati

Friday, July 3, 2009

Program Taklimat Pengambilan Sukarelawan MERCY tahun 2009 (VIP)

Jemputan Khas ini adalah kepada X4 FRIENDS atau sesiapa sahaja yang ingin mengikuti Program Taklimat Pengambilan Sukarelawan MERCY tahun 2009 seperti berikut:





Volunteer Induction Program (VIP)

Tarikh:
25hb Julai 2009 (SABTU)

Masa:
8.00 pagi

Tempat:
Wisma Putra Jalan Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur.


Sila daftarkan di email dan daftarkan di Online Registration X4 friends (jika belum berdaftar sebagai rakan X4) berikut sebelum 15hb Julai 2009:-



XCAPEMALAYSIA : MANAGEMENT TEAM X4 ADVENTURES

From left Jeff Zaiham ( Komander)Budin (Black)Razali (Mertas) & Ezam Shah (Kopi)
Sales & Marketing For X4 Adventure Team Mr Razali...










Admin X4

Black...Naga


Crowne Plaza X4 Booths








Rakan2 X4 Sedang bertugas di Crowne Plaza Hotel .



Thursday, July 2, 2009

Surat Penghargaan Daripada Tourism Malaysia NS

Syukur kehadrat ilahi diatas surat penghargaan dari pihak Tourism Malaysia
Sebagai warga komuniti X4 Adventure Team dan mewakili rakan2 kami merasa amat berbangga dengan
kejayaan menjayakan program tersebut.
Standard yang ditunjukkan oleh rakan2 X4 amat baik dari sudut displin mahu pun pengalaman

Moga2 kejayaan ini akan berterusan dan kejayaan ini adalah kejayaan bersama.
Amin...
Advisor KOPI.

Kembara zoom Malaysia Jejak Perpatih

TiE Asia Pacific Conference 2009, 2 - 4th July at the Crowne Plaza Hotel, Kuala Lumpur.

TiE Malaysia Chapter is proud to announce that we are hosting the ‘TiE Asia Pacific Conference 2009’ from July 2nd to the 4th at the Crowne Plaza Hotel, Kuala Lumpur. This will be the first of its kind in this Asia Pacific region and we expect about 500 over delegates from all over the globe. Themed at ‘ GLOBAL PARTNERSHIP – FOR SUCCESS IN TRYING TIMES!’, we will be having distinguished speakers to grace this conference. We will also be having lots of exhibition booths for both delegates and their families.

There will also be a Gala Dinner on the 4th in which His Royal Highness, Raja Nazrin, the Regent of Perak, will be the guest of honor. There will also be an inter chapter golf competition (the first of its kind!), site tours to Kuala Lumpur, Putrajaya and Malacca and spouses programme.



Dijemput kepada Rakan-Rakan X4 yang berkelapangan untuk bersama-sama memeriahkan Booths X4 Adventure Team / Xcape Malaysia bertempat di
Crowne Plaza Hotel, Kuala Lumpur bermula hari ini 2hb sehingga 4hb Julai 2009 dari Jam 8.00 pagi - 6.00 petang.

Booths Manager yang bertugas.... boleh menghubungi Zali /Mertas ditalian 012-7436736

atau Kopi 013-3037725
Admin Black......

Tuesday, June 30, 2009

Makan-makan Di Kampung SUNGKAI... (Trolak Timur)

Konvoi berkumpul Di RNR Rawang menunggu rakan2 yag lain


Dari kiri Lebah,SUNGKAI (Tuan Rumah)Sinchan yg tengah duduk,BIG dan Aku (Black)
Jalan Masuk Ke Kg SUNGKAI
Dari kiri Nazri,Kundang dan JEEP Big yg mengalami sedikit kerosakan... 
Bakar ikan talapia...... Pak Lebah,Padil dan Trooper (masa nak tangkap gambar  Trooper berlakon jer tuh)
Orang Tua SUNGKAI.... Kat belakang tuh XYL Kundang.. BIG dan KOBIS.
Rehat-rehat lepas makan Tengahari....( Sungkai maju kehadapan betul)


Salam segala salam buat semua rakan2 X4 Friends di mana jua anda berada...
satu Outing yang tidak dirancang oleh Sungkai telah membawa rakan2 ke Kampungnya. untuk makan-makan DURIAN / Bakar Ikan.
Ucapan Terima Kasih buat Ahli Keluarga SUNGKAI yg bersusah payah menyiapkan makan tengahari..... Fuhh... best betul... air asam makan dengan ikan bakar... pergghhhh... meletop rasanya... disamping durian yg banyak... (sampai tak larat aku makan)hheehhehehee..
Apapun Outing yg tidak dirancang ini telah dihadiri oleh 9 keluarga... Alhamdulilah.. dapat mengeratkan ikatan sesama rakan2 X4 Team.. dan juga Kelab REDAH Amnya...

Black....

X4 ADVENTURE TEAM FRIENDS FORM

Name:
Email Address:
Telefon No:
Tarikh lahir :
No kad pengenalan :
Alamat surat menyurat :
Call sign :
Adakah anda memiliki call sign amatur atau kelab :
Adakah anda memiliki pacuan empat roda atau kenderaan lain2 :
Hobi atau sukan yang diminati :
Bagaimana anda mengenali blog X4

create form