Tuesday, November 24, 2009

4x4 sana sini sinun

Assalamualaikum,

Mungkin ramai yang dah tahu, dan ramai juga yang tak tahu, dan pasti ramai juga yang buat-buat tak tahu. X4 Adventure Team nak bagitahu.

Pelbagai aktiviti yang melibatkan kenderaan telah dirancangkan oleh beberapa persatuan 4x4 di Malaya. Antaranya adalah:-

1. Malaysia Book of Records...Perhimpunan Terbesar 4x4 Malaysia 2009!!!



Perhimpunan Terbesar 4x4 Malaysia 2009, Malaysian Book of Records bertempat di Sutera Mall, Johor Bahru pada 5hb Disember 2009, sempena Kejohanan Johor International Rainforest Challenge 2009.

Butiran lanjut boleh dibaca di blog Kelab Rentas Kembara 4x4 Johor >> http://rentas4x4johor.blogspot.com/

2. Jamboree Redah 4x4 Club 1 Malaysia di LEMBAH KIOL, LATA MERAUNG, JERANTUT



Redah 4x4 Club ada mengadakan Jamboree Redah 4x4 Club 1 Malaysia. Butiran lanjut bolehla dibaca di blog Redah 4x4 Club >>> http://redah4x4club.blogspot.com/

Kepada ahli X4 Adventure Team yang berminat untuk menyertai program-program diatas, anda bolehla terus menghubungi terus penganjur program-program tersebut.

Sekian, terima kasih.

MERCY - Basic Mission Training




Assalamualaikum wbt,

Pihak X4 Adventure Team akan menghantarkan 5 orang wakil ke Basic Mission Training (BMT) anjuran MERCY Malaysia pada 11, 12 dan 13 haribulan Disember ini.

BMT ini bertujuan untuk menyediakan fizikal dan mental para sukarelawan MERCY bagi menyertai misi-misi yang bakal dianjurkan oleh MERCY pada masa hadapan.

Oleh yang demikian, diharap agar wakil-wakil X4 Adventure Team dapat memanfaatkan segala kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh dari BMT.

Selamat berjaya.

Tuesday, November 17, 2009

X4 Adventure Team di Majlis Makan Malam Ulang Tahun Kesepuluh Mercy



X4 Adventure Team telah dijemput untuk memeriahkan majlis amal ini di Hilton Kuala Lumpur. Seramai 40 orang ahli X4 Adventure Team bersama pasangan masing-masing telah menghadiri majlis ini.

Terima kasih daun keladi diucapkan kepada pihak Mercy, taun depan jemputlah lagi. Insyaallah kami ada datang lagi.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan X4 yang telah bersusah payah mengharungi 'traffic jam' untuk bersama-sama memeriahkan makan malam ini.

Thursday, November 12, 2009

Termenung Di Telemong





Begitulah hakikat yang dialami oleh ahli-ahli X4 Adventure Team yang menyertai TGG (Trip geli-geli) yang lalu.

Sebanyak lima buah pacuan empat roda X4 Adventure Team telah menyertai TGG. Tiga daripadanya merupakan ahli yang baru mula berjinak-jinak dengan dunia pacuan empat roda.

Dengan kelengkapan yang agak terhad, X4 Adventure Team telah bertolak ke Pekan Karak pada jam 11.00 malam. Kami di sambut oleh saudara Bad di pekan Karak. Ahli X4 Adventure Team berhenti seketika untuk menjamu selera di Pekan Karak sebelum memulakan perjalanan.

Kami tiba agak lewat ke persimpangan masuk di Kampung Sungai Perdak kerana tersalah informasi. Namun ia tidak mematahkan semangat kami. Laluan peringkat pertama adalah laluan lori balak. Kami amat bersyukur kerana dapat mengharungi laluan ini tanpa banyak masalah.

Namun, disangkakan panas sampai kepetang rupanya hujan di tengahari.

Laluan peringkat kedua sememangnya amat memeritkan. Kami tiba di laluan masuk ini lebih kurang jam 4.15 pagi. Akibat musim hujan dan hujan yang turun pada waktu siang, laluan ini telah menjadi sukar.

Dengan peralatan yang serba kekurangan, kami berjaya tiba ke kemsite pada jam 9.00 pagi. Kami masing-masing membersihkan diri dan menjamu selera dengan makanan resepi istimewa chef G-mok.

Pada jam 11 pagi, kami pun mula bertolak untuk keluar. Begitu banyak halangan terpaksa ditempuhi. TGG pada kali ini telah memakan mangsa 1 Winch dan 1 PTO. Akhirnya, pada jam 9.00 malam kami telah berjaya keluar dari laluan peringkat kedua. Kami tiba di pekan Karak untuk membersihkan diri dan menjamu selera lebih kurang jam 11.00 malam

Kami ingin merakamkan setinggi tahniah kepada rakan-rakan baru yang berjaya mengharungi TGG pada kali ini. Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kami kepada saudara Bad diatas segala pertolongan yang telah beliau hulurkan kepada kami. Jasamu kami sanjung tinggi. Terima kasih kepada semua rakan-rakan X4 Adventure Team yang telah memberikan tunjuk ajar bagi mengharungi segala halangan.

Insyaallah Telemong, kami akan kembali!

Gambar seterusnya di SINI

Friday, November 6, 2009

Jemputan Dinner For X4 Members




Askum
Sahabat2 X4 yang dihormati
Mercy menjemput perkumpulan kita untuk menghadiri satu jamuan dinner
yang akan diadakan di Kuala Lumpur Hilton pada 13 nov 2009.
Sebanyak 20 ahli x4 termasuk isteri masing2 diberikan tempat.

Jika anda berminat menyertai jamuan ini (tiada bayaran dikenakan)
anda bolehlah menghantar sms kepada Pak kopi 0133037725 untuk pengesahan.
Pengesahan kehadiran selewat2 nya sebelum pukul 6pm hari ini(6nov)

Kerjasama dan kehadiran anda memeriahkan acara tersebut amat kami sanjung tinggi

sekian
kopi




Trip Geli-Geli



X4 Adventure Team akan mengadakan trip ke Telemong pada hari Sabtu, 7 November 2009. Konvoi dijangkakan bertolak pada jam 9.00 mlm pada hari tersebut.

Tujuan trip ini di adakan adalah bagi memberikan pendedahan cara-cara pemanduan 4x4 yang betul kepada ahli X4 Adventure Team.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai trip ini boleh menghubungi advisor X4 Pak Kopi aka Pak Rhu di talian 013-3037725.

Tuesday, November 3, 2009

WSFFM International Women 4X4 Outdoor Recreation 2009


Pada 30 Oktober yang lalu, X4 Adventure Team telah dijemput untuk memeriahkan WSFFM International Women 4X4 Outdoor Recreation 2009 yang bertempat di Sungai Kampar, Gopeng Perak Darul Ridzuan.

Program ini di anjurkan oleh Women Sports and Fitness Foundation Malaysia (WSFFM) sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dengan tujuan menggalakkan lebih ramai wanita terlibat didalam aktiviti sukan.

Pelbagai aktiviti telah disusun untuk para peserta seperti White Water Rafting, Flying Fox, Wet Absailing, 4x4 Explorer Race, Jungle Walk dan Team Building.

X4 Adventure Team telah terlibat secara lansung didalam penyediaan kenderaan bagi acara 4x4 Explorer Race.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan program ini.

X4 ADVENTURE TEAM FRIENDS FORM

Name:
Email Address:
Telefon No:
Tarikh lahir :
No kad pengenalan :
Alamat surat menyurat :
Call sign :
Adakah anda memiliki call sign amatur atau kelab :
Adakah anda memiliki pacuan empat roda atau kenderaan lain2 :
Hobi atau sukan yang diminati :
Bagaimana anda mengenali blog X4

create form