Thursday, November 12, 2009

Termenung Di Telemong





Begitulah hakikat yang dialami oleh ahli-ahli X4 Adventure Team yang menyertai TGG (Trip geli-geli) yang lalu.

Sebanyak lima buah pacuan empat roda X4 Adventure Team telah menyertai TGG. Tiga daripadanya merupakan ahli yang baru mula berjinak-jinak dengan dunia pacuan empat roda.

Dengan kelengkapan yang agak terhad, X4 Adventure Team telah bertolak ke Pekan Karak pada jam 11.00 malam. Kami di sambut oleh saudara Bad di pekan Karak. Ahli X4 Adventure Team berhenti seketika untuk menjamu selera di Pekan Karak sebelum memulakan perjalanan.

Kami tiba agak lewat ke persimpangan masuk di Kampung Sungai Perdak kerana tersalah informasi. Namun ia tidak mematahkan semangat kami. Laluan peringkat pertama adalah laluan lori balak. Kami amat bersyukur kerana dapat mengharungi laluan ini tanpa banyak masalah.

Namun, disangkakan panas sampai kepetang rupanya hujan di tengahari.

Laluan peringkat kedua sememangnya amat memeritkan. Kami tiba di laluan masuk ini lebih kurang jam 4.15 pagi. Akibat musim hujan dan hujan yang turun pada waktu siang, laluan ini telah menjadi sukar.

Dengan peralatan yang serba kekurangan, kami berjaya tiba ke kemsite pada jam 9.00 pagi. Kami masing-masing membersihkan diri dan menjamu selera dengan makanan resepi istimewa chef G-mok.

Pada jam 11 pagi, kami pun mula bertolak untuk keluar. Begitu banyak halangan terpaksa ditempuhi. TGG pada kali ini telah memakan mangsa 1 Winch dan 1 PTO. Akhirnya, pada jam 9.00 malam kami telah berjaya keluar dari laluan peringkat kedua. Kami tiba di pekan Karak untuk membersihkan diri dan menjamu selera lebih kurang jam 11.00 malam

Kami ingin merakamkan setinggi tahniah kepada rakan-rakan baru yang berjaya mengharungi TGG pada kali ini. Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kami kepada saudara Bad diatas segala pertolongan yang telah beliau hulurkan kepada kami. Jasamu kami sanjung tinggi. Terima kasih kepada semua rakan-rakan X4 Adventure Team yang telah memberikan tunjuk ajar bagi mengharungi segala halangan.

Insyaallah Telemong, kami akan kembali!

Gambar seterusnya di SINI

No comments:

Post a Comment

X4 ADVENTURE TEAM FRIENDS FORM

Name:
Email Address:
Telefon No:
Tarikh lahir :
No kad pengenalan :
Alamat surat menyurat :
Call sign :
Adakah anda memiliki call sign amatur atau kelab :
Adakah anda memiliki pacuan empat roda atau kenderaan lain2 :
Hobi atau sukan yang diminati :
Bagaimana anda mengenali blog X4

create form