Jom Tengok Wayang

Loading...

Wednesday, March 10, 2010

Hot Air Ballon Fiesta Putra jaya 17th to 21st March 2010

Sekali lagi X4 di beri kepercayaan oleh pihak penganjur untuk menjalan kan tugas dalam search and rescue dan komunikasi serta keselamatan belon panas yang mengambil bahagian.
Kami diberi tugas yang berat oleh pihak penganjur dalam menjayakan kan event yang bertaraf antara bangsa .
Pihak X4 juga mendapat mandat daAdd Imageri Pihak Putra Jaya Holding untuk menerajui dan memberi khidmat teknikal serta perancangan dalam penerbangan belon panas yang bakal dijalankan oleh peserta peserta yang terbabit dari Luar negara .
Atas usaha kami tahun lepas pihak x4 sekali lagi bakal terbabit secara langsung dalam keselamatan penerbangan belon tersebut.
pihak x4 diketuai olej Jeffri Zaiham (komander) serta Ezam shah (kopi) serta 42 lagi anggota X4 yang terpilih dalam pasukan X4 .
Mereka mereka ini bakal melakar sejarah dalam kejayaan acara yang bertaraf antara bangsa yang bakal dikunjungi oleh 300 ribu pelawat atau penonton yang bakal menyaksi kan acara terhebat tahun ini.
X4 juga akan membabitkan peyertaan dari Mercy Malaysia serta Mas wing dan banyak lagi syarikat yang terlibat dalam menjaya kan booth X4 di Event tersebut.
12 buah pacuan roda dan 5 buah lori serta anggota seramai 17 org yang bertindak sebagai Pengurus Pasukan penyelamatan telah terpilih dari kalangan anggota X4 yang berkemahiran tinggi dalam menjalan kan tugasan yang diamanahkan. Mereka juga dibantu oleh unit komunikasi seramai 5 orang yang diketuai oleh seorang pengurus .
Seramai 17 anggota lagi bakal membantu pihak pengurus pasukan dalam usaha tersebut.
Kami anggota X4 amat berbangga dan terharu diatas kepercayaan yang diamanahkan kepada kami dan kami berharap dan berdoa semuga kejayaan di festival tersebut akan menjadi pemangkin dan semangat kepada X4 adventure Team untuk lebih berjaya dimasa yang akan datang.
Terimakasih kepada semua rakan 2 X4 yang terlibat dan tanpa anda X4 tidak mungkin berjaya dalam usaha sebegini.

Selamat Maju jaya kepada 45 orang anggota X4 yang terlibat,
Jasa mu tetap kami kenang,
wasalam






No comments:

Post a Comment

X4 ADVENTURE TEAM FRIENDS FORM

Name:
Email Address:
Telefon No:
Tarikh lahir :
No kad pengenalan :
Alamat surat menyurat :
Call sign :
Adakah anda memiliki call sign amatur atau kelab :
Adakah anda memiliki pacuan empat roda atau kenderaan lain2 :
Hobi atau sukan yang diminati :
Bagaimana anda mengenali blog X4

create form